untuk pengetahuan semua penubuhan komuniti asean akan ditubuhkan pada
31 disember 2015
PHNOM PENH - Pemimpin-pemimpin Asean hari ini memutuskan penubuhan Komuniti Asean pada 31 Disember, 2015 bila Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi Sidang Kemuncak Asean pada tahun itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Perdana Menteri berkata tarikh itu dipilih serentak dengan Sidang Kemuncak Asean 2015 yang dihos oleh Malaysia di samping memberi masa yang cukup bagi negara-negara anggota Asean membuat persiapan di peringkat kebangsaan masing-masing.
Pada mulanya, pendapat umum di kalangan rakyat Asean, komuniti itu perlu ditubuhkan menjelang 1 Januari, 2015.
Komuniti Asean akan berasaskan pada tiga tunggak utama – Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean, dan Komuniti Sosio-Budaya Asean.
Komuniti Asean, antara lain, akan dibentuk berasaskan norma-norma dan nilai-nilai rantau ini, penubuhan sebuah pasaran tunggal dengan penduduk 600 juta dan aliran bebas perdagagan dan pelaburan.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke 21 di sini, Najib berkata mesyuarat hari ini mengesahkan bahawa 74.2 peratus daripada usaha ke arah pembentukan Komuniti Asean telah dicapai setakat ini.
Oleh itu, setiap negara anggota perlu menggembleng inisiatif masing-masing bagi merealisasi matlamat itu, kata beliau.Mengenai isu Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata para pemimpin Asean mengakui bahawa isu sensitif itu perlu diselesaikan secara damai.
"Asean sedia berunding dengan China dan menyelesaikan isu itu menerusi rundingan," kata beliau.Selain China dan Taiwan, empat negara Asean iaitu Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei turut membuat tuntutan masing-masing ke atas sebahagian daripada perairan itu. - Bernama
MALAYSIA DI ERA AEC
ASEAN Economic Community dikatakan merupakan salah satu hala tuju ASEAN. Melalui AEC, satu kawasan integrasi ekonomi serantau akan diwujudkan diantara negara-negara ahli AEC. Kemunculan AEC menunjukkan ASEAN akan semakin menjadi seperti EU (Kesatuan Eropah). Dahulu Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC), kemudian mengintegrasi menjadi Komuniti Eropah (EC), dan seterusnya berintegrasi dengan lebih erat lagi sebagai EU. Adakah ASEAN menuju ke arah AU (Asean Union)?
Berdasarkan pelan tindakan yang dipersetujui, menjelang tahun 2015, AEC akan menjadi tunjang dalam integrasi ekonomi serantau. Berikut merupakan kunci jangkaan AEC:
1. Pasaran tunggal dan tapak pengeluaran.
2. Wilayah ekonomi yang kompetitif.
3. Rantau pembangunan ekonomi yang saksama,
4. Rantau bersepadu sepenuhnya dalam ekonomi global.
Dikatakan setelah AEC terimplementasi secara sepenuhnya, akan wujud sebuah rantau yang bebas pergerakan keluar masuk barangan dan servis, tenaga buruh, dan aliran modal yang lebih bebas diantara negara-negara ahli. Jadi, dalam kata mudah AEC akan mewujudkan sebuah rantau dengan kuasa ekonomi yang besar, berdasarkan bilangan kuasa pengguna yang tinggi dan modal yang lebih besar berdasarkan aliran modal yang bebas.
Ini adalah regionalism. Regionalism adalah satu idea untuk menyatukan beberapa negara serantau bagi mewujudkan satu kerjasama berdasarkan kepentingan yang sama, contohnya kerjasama ekonomi. Idea seumpama ini dikatakan berupaya mengekang gelombang globalisasi iaitu tidak membuka sempadan ekonomi sesebuah negara kepada dunia lepas, dan dapat membentuk kerjasama erat di antara negara anggota dalam menghadapi ancaman ekonomi global. Tetapi tidak boleh dinafikan regionalism mendedahkan ekonomi negara-negara anggota kepada persaingan yang hebat di antara mereka sendiri. Inilah yang perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh negara, dan rakyat perlu bersiap sedia dalam menghadai era AEC terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor swasta.
Ya, dengan penyertaan Malaysia dalam AEC, akan ada sektor dalam negara yang bakal mengaut untung besar, tetapi ada juga yang bakal tersungkur. Sektor korporat, pemodal asing (FDI), dan syarikat multi-nasional (MNE/MNC) dalam Malaysia mungkin meraih keuntungan besar hasil daripada status ASEAN sebagai pengeluar dan pasaran tunggal. Tetapi bagaimana pula dengan sektor SMI/SME yang dimiliki oleh rakyat tempatan? Mampukah sektor ini mengekang persaingan?
Melalui ciri-ciri AEC yang kelihatan menyerupai Kesatuan Eropah (EU), adalah tidak terlari jauh sekiranya AEC dan EU dibandingkan. Di kalangan 28 negara anggota EU wujud kebebasan pergerakan barangan dan servis, tiada sekatan pengaliran pelaburan dan modal, dan yang paling memberikan kesan langsung kepada rakyat kebanyakan ialah kebebasan pergerakan tenaga kerja.
Sehingga kini, EU tidak sepenuhnya terintegrasi. Ada pihak yang skeptik dengan EU sebagaimana UK yang terus mengguna pakai matawang Pound Sterling. Ditakuti Jerman menguasai Eropah secara total. Demikian juga dengan kemasukan Turki sebagai anggota EU. Kepesatan ekonomi Turki dan keremajaan populasi membolehkannya menguasai EU yang sedang dalam proses penuaan daripada sudut demografi penduduk. Kemasukan Turki ke dalam EU dan dengan AKP (parti yang dipimpin Erdogan) yang masih berkuasa dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya "the Ottomanization of Europe".
Ukraine berminat untuk terus bersama Russia membentuk EAU (Eurasian Union). Presiden Putin mengesyorkan sebuah organisasi serantau yang merangkumi kebanyakannya negara bekas Kesatuan Soviet. Sekiranya menjadi realiti, boleh dijangkakan akan berlakunya satu lagi gelombang "the Russification of Eurasia" selepas era Empayar Russia dan era Soviet.
Justeru, apakah tidak mustahil akan berlakunya "the Singaporization of South East Asia" sekiranya EAC mengambil tempat? Atau mungkin "the Indonesianization of South East Asia"? Mungkin tidak disedari di Malaysia, tetapi dunia sedang memerhatikan Indonesia sama ada dengan penuh minat. Mendiang Huntington juga pernah mengatakan sekiranya berlaku perang dunia ketiga Indonesia akan muncul sebagai kuasa besar dunia.
Selepas 1997, Indonesia bukan hanya mengalami reformasi politik, bahkan ekonomi. Negara jiran yang dulu pernah menjadi pembekal utama buruh domestik di Malaysia kini sudah menjadi ekonomi yang bertenaga.
Antara Negara Yang Terlibat
Sekiranya AEC adalah suatu ketentuan, maka pasti ramai mengimpikan Malaysia di era AEC sebagai peneraju ekonomi dan politik ASEAN. Sebagai negara berpendapatan paling tinggi di ASEAN maka sewajarnya pada waktu itu tiada tol yang menyekat pergerakan kenderaan di lebuh raya, harga barang dan perkhidmatan yang rendah berikutan lambakan produk negara jiran. SMI dan SME yang berdaya maju kerana dapat mengeksploit tenaga buruh, sumber asli dan sumber sekunder murah dari negara jiran. SMI dan SME yang berjaya menjadi gergasi kerana mudah meneroka pasaran ASEAN. Syarikat Malaysia mampu mengambil alih syarikat negara-negara ASEAN lain, dan warga Malaysia yang bukan hanya mampu memiliki hartanah di negara sendiri bahkan di mana-mana lokasi dalam Asean.
Tetapi, sebelum mimpi jadi realiti, rakyat berhak tahu, di era media sosial tindakan negara yang gemar berahsia bukanlah tindakan bijak. Perbuatan menyorok butiran seperti perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) hanya mengundang emosi.
Forum, debat, perbincangan dan sebagainya perlu diadakan supaya mata dan minda rakyat dibuka seluasnya, supaya rakyat dapat bersedia dengan secukupnya bagi menghadapi era AEC. Cukuplah membuat dendangan sumbang di media-media berkaitan perkara yang tidak membawa kepada perkembangan Malaysia.
SEKIAN TERIMA KASIH
Terima Kasih Kerana Melawat Blog saya
No comments:
Post a Comment